Kifayatul Muhtaj: Memadai Bagi Orang Yang Berhajat- Al-Syeikh Daud bin Ibnu Abdullah Al-Fathani
Sinopsis:
Kitab ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular dalam kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama khususnya di pondok-pondok, surau, masjid dan juga di dalam majlis pengajian ilmu di pejabat-pejabat. Teks asalnya adalah dalam tulisan Jawi, namun bagi mengimarahkan lagi yang disampaikan oleh para ulama terdahulu, ia telah dialih tulisan kepada Rumi. Usaha ini adalah bagi memudahkan pencinta ilmu yang kurang mahir dalam tulisan jawi dapat mengikuti pengajian ilmu berkenaan. Pengalihan tulisannya dilakukan tanpa membuat sebarang pindaan daripada teks asalnya.Kitab ini membicarakan persoalan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Terkandung banyak pengajaran daripada peristiwa di dalam lsrak dan Mikraj yang dapat kita ikhtibar dan teladan daripadanya.Semoga dengan perkongsian ilmu ini memberikan ruang yang luas untuk kita meraih keredhaan daripada Allah Sublianahu wa Ta’ala.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|