Sifat 20, Sejarah dan Kupasan Pendekatan Akidah
Akidah merupakan kunci kebahagiaan seseorang hamba Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Tanpa akidah yang benar, tepat dan jelas, segala amalan yang dilakukan tidak akan diterima oleh Allah s.w.t..
Kini, umat Islam terdedah kepada pelbagai cabaran fahaman luaran dan dalaman yang menguji akidah kita. Umat Islam perlu menjernihkan kembali akidah keimanan daripada segala kekeliruan menerusi mengenali Allah s.w.t. serta sifat-Nya. Berpegang teguh kepada-Nya menerusi bukti-bukti dan hujah yang nyata, terang, tepat, jelas, berpaksikan Al -Quran dan hadith serta berasaskan keterangan para ulama muktabar.
Buku ini sesuai dimiliki oleh setiap individu bergelar Muslim, khususnya masyarakat awam yang masih kurang memahami akidah secara tepat dan jelas kerana ia turut;
1. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada Akidah Ahli Sunah Wal Jemaah.
2. Menerangkan sejarah perbincangan tentang sifat-sifat Allah s.w.t. serta kemunculan dan perkembangan perbahasan Sifat 20 secara terperinci.
3. Menerangkan 41 sifat; Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah s.w.t. secara tafsili (terperinci), berasaskan Al-Quran, hadith, penjelasan para ulama akidah tersohor dan tafsir pilihan sepanjang zaman.
4. Merungkai isu-isu yang mencabar akidah Sifat 20 seperti Akidah Tauhid Tiga anjuran golongan Salafiah.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|