Cart 0

Brontok: Virus Yang Merosakan Sesebuah Pentadbiran- Norbi Husin

RM 23.00


Buku ini adalah sambungan daripada buku Asam Pedas Gula Melaka yang diterbitkan pada tahun 2005. Jika Asam Pedas Gula Melaka merakamkan pengalaman saya semasa memegang jawatan pengetua sekolah, Brontok pula merakamkan pengalaman saya semasa bertugas sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di Jabatan Pelajaran negeri (JPN). 

Sebagai Ketua Sektor Pengurusan Akademik di JPN, tanggung- jawab saya amat besar. Selain daripada membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah-sekolah di negeri Melaka, saya juga harus menjayakan setiap dasar Kementerian Pelajaran dengan memastikan setiap projek kementerian yang diturunkan ke sekolah-sekolah dapat dilaksanakan oleh warga sekolah dengan jayanya. 

Bagi menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), semua pentadbir dan guru guru seharusnya dapat menterjemahkan PIPP ini dalam bentuk program dan aktiviti pendidikan di peringkat sekolah, Lantaran itu, saya dan pegawai-pegawai akademik di jabatan dan Pejabat Pelajaran Daerah kerap membuat pemantauan dan penyeliaan ke sekolah bagi memastikan PIPP difahami, dihayati dan dilaksanakan. 

Melalui pemantauan dan penyeliaan yang kerap dibuat di sekolah, saya dapat melihat bagaimana pentadbir sekolah mengurus sekolah dan guru-guru mendidik pelajar. Memang banyak yang dapat dilihat. Ada yang boleh dijadikan contoh dan ada juga sebaliknya. Daripada sinilah timbulnya ilham saya untuk melahirkan Brontok, Brontok ditulis dalam bentuk cerita pendek atau episod yang dipetik daripada sesuatu peristiwa yang dilihat. Semua cerita dan episod yang ditulis disusun mengikut kronologi agar pembaca dapat mengikuti ceritanya dari awal hingga ke akhirnya. Oleh sebab itu setiap cerita ada kaitan antara satu sama lain.

Melalui buku-buku yang saya tulis, sava mahu menyuntik semangat guru agar er dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas dan jujur ta mempersoalkan apa yang mereka terima kerana apabila kita kembali kepada-Nya kelak Kita tidak ditanya apa yang kita dapat semasa kita hidup tetapi kita akan ditanya yang kita buat. 

         "Satu perjalanan yang jauh dan lama seharusnya menempuh pelbagai rintangan dan dugaan dan untuk sampai ke garisan penamat, kita haruslah kuat dan tabah menghadapinya.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment