Cart 0

How to Talk So Kids Will Listen: Edisi Bahasa Melayu

RM 45.00


Apa yang perlu kita lakukan bagi mendapatkan kerjasama daripada anak kecil yang kebiasaannya mempunyai tingkah laku tidak munasabah?

Jikalau kita tidak boleh memberi arahan kepada mereka, apa lagi pilihan yang kita ada?

Joanna Faber dan Julie King menyesuaikan kemahiran komunikasi dengan kanak-kanak daripada buku “How to Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk” bagi ibu bapa kanak-kanak berusia dua hingga tujuh tahun.

Buku ini mengandungi alat dan petua komunikasi yang efektif untuk menghadapi cabaran dan konflik semasa menguruskan kanak-kanak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis dalam mengendalikan bengkel komunikasi How To Talk dengan ibu bapa, guru dan pakar pediatrik.

Diharapkan panduan ini memberi kekuatan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak kecil untuk berinteraksi dengan mereka, membantu mereka berkembang menjadi individu yang mandiri, bekerjasama, dan mampu berkomunikasi dengan orang lain.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment