Cart 0

Kedurjanaan Siber 2 - Shaharom TM Sulaiman

RM 22.00


Sinopsis:

Gerbang Masa Hadapan menampikan judul-judul yang menganalisis isu dan fenomena yang mempengaruhi kehidupan hari ini dan dijangka memberi dampak terhadap seluruh sistem kehidupan masa hadapan, sama ada dari segi sosiobudaya, agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya--antaranya impak alam siber, globalisasi dan teknologi mutakhir.

Kedurjanaan Siber

Kemunculan internet dan perkembangan pantas dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membawa kita menuju kepada kehidupan siber, iaitu suatu bentuk kehidupan yang menjanjikan kemudahan, tetapi tidak kurang juga mengundang kebimbangan.

Umum mengetahui alam siber yang wujud di sebalik skrin komputer bukanah aam fizikal atau alam sebenar. Namun pengalaman visual berupaya membuatkan seseorang itu berasa dirinya amat berpengaruh kerana dia boleh berhubung dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira siang atau malam dan tidak juga dibatasi sempadan geografi dan masa. Bagaimanapun, apakah kemuncak kehidupan siber yang diinginkan nanti merupakan kemuncak kehebatan daya cipta atau merupakan tanda awal kepada kehancuran tamadun manusia?

Buku ini mengandungi sembilan belas esei yang membincangkan tentang kehidupan siber dan cabarannya dalam pendidikan, kehidupan beragama, dunia feminisme, ekonomi serta kebimbangan yang dilontarkan oleh bentuk kehidupan baru ini.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment