Keterampilan Wanita Alaf Baharu- Abd Rahim Abd Rashid
Sinopsis:
SIRI PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN UTUSAN merupakan cetusan pemikiran ke arah memperkayakan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan kaunseling. Semua huraian dalam buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dan sistematis.
Buku ini membincangkan pelbagai aspek penting dan kritikal bagi memperkasakan dan memartabatkan wanita dalam konteks kesaksamaan gender dan persaingan global. Fokus utama buku ini adalah pembinaan imej dan kredentialiti wanita era baharu yang bersifat progresif, dinamik dan berdaya saing. Pemodenan dan kebebasan serta hak-hak wanita untuk Keterampilan wanita Alaf Baharu mencapai perubahan dan kemajuan mendorong keterampilan wanita dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi dan institusi sosial yang berkembang pesat di negara ini.
Keterampilan intelek, sosial dan emosi wanita menjadikan mereka lebih berwibawa, matang dan berdaya maju. Wanita Malaysia yang berpendidikan tinggi dan bekerjaya mampu mengangkat status sosial mereka, dihormati dan dihargai oleh masyarakat. Dasar pembangunan wanita yang dinamik dan positif menonjolkan lebih ramai wanita Melayu serta wanita Malaysia yang berketerampilan dan berdaya saing. Perubahan ini selaras dengan dasar negara menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020 dan konsep satu Malaysia.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|