Membongkar Sejarah Kehebatab Tokoh-Tokoh Islam Di Alam Melayu
Agama Islam mula berkembang di Alam Melayu dalam abad ke-13 Mashi.
Menjelang abad ke-15 Masihi, agama Islam berjaya meluaskan pengaruhnya hampir ke seluruh Alam Melayu dan menamatkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang menguasal daerah tersebut sejak abad ke-15 Masihi. Pengembang-pengembang Islam yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu telah memahami, permasalahan budava yang dihadapi oleh penganut-penganut Islam di daerah tersebut.
Pemikir-pemikir budaya Melayu dengan Islam telah menyesualkan pelbagai aspek dari kebudayaan Melayu dengan ciri-ciri keislaman, sehingga dengan itu lahirlah peradaban Melayu yang memperlihatkan unsur-unsur Islam yang universal. Ramai ahli sejarah bersetuju yang agama Islam telah diperkenalkan di Nusantara khususnya di Alam Melayu melalui perdagangan. Peranan pedagang Islam terutama pada zaman permulaan Islam di Alam Melayu amat penting sekali. Para pedagang dari Arab, India, dan Parsi telah menumpukan kegiatan perdagangan di rantau ini semenjak abad ke-8 atau ke-9 lagi. Manakala menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.
Di antara barang-barang dagangan tersebut lalah lada, rempah, kemenyan dan terutamanya kapur barus. Khusus tentang kapur barus, ia pernah dianggap sebagal punca yang membawa orang-orang Arab ke Alam Melayu sejak awal lagi. Sebenarnya barang-barang ini bukan sahaja dikehendaki ole orang-orang Arab bahkan juga orang-orang Barat.
Justeru berkembangnya agama Islam di Alam Melayu maka lahirlah ramai tokoh Islam yang berusaha untuk menyebarkan dakwah Islamiyah melalui pelbagai pendekatan. Salah satu pendekatan yang digunakan lalah dengan menulis kitab-kitab tau buku-buku untuk rujukan umat Islam dalam pelbagai masalah yang dihadapi. Dengan kunggulan peradaban Melayu yang bercorak Islam melahirkan suatu masyarakat Alam Melayu yang dinamik sehingga terbentuk kuasa-kuasa sahsiah yang kuat. Tetapi kekuatan penjajahan Barat yang dibantu oleh teknologi moden dapat mengatasi dan menguasai dunia Islam. Akibatnya umat Islam ketinggalan beberapa abad lamanya dari arus perkembangan tamadun dunla. Hanya secara serba ringkas tentang tokoh-tokoh Islam Alam Melayu yang dapat dipaparkan sebagai mukadimah. Semoga kisah-kisah ringkas yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan olen para pembaca dalam menyelusuri sejarah hidup dan perjuangan tokoh-tokoh Islam Alam Melayu yang telah memberikan banyak maklumat dan ilmu juga semangat dalam hasrat kita menjadi legasi perjuangan mereka dalam menyebarkan agama Islam yang mulia ini . Insya-Allah.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|