Minhaj Al-'Abidin- Imam Al- Ghazali Al-Thusi
Kitab “Minhaj Al-‘Abidin” adalah sebuah kitab tasawuf di peringkat pertengahan, karya Imam Al-Ghazali Al-Thusi. Nama asalnya ialah “مِنْهَاجُ الْعَابِدِينَ إِلَى جَنَّةِ رَبِّ الْعَالَمِينَ” [Minhaj Al-’Abidin ila Jannah Rabbil ‘Alamin] (Jalan Nyata Bagi Ahli-Ahli Ibadah ke Syurga Tuhan Rabb Al-‘Alamin).
Kitab ini membicarakan jalan-jalan yang mesti ditempuhi oleh ahli-ahli ibadah untuk sampai ke syurga Tuhan Rabb Al-Alamin. Jalan-jalan yang akan dilalui oleh ahli-ahli ibadah itu diumpamakan sebagai liku-liku pendakian di pergunungan dengan berbagai cabaran, kesulitan dan kecelakaan. Beliau menamakannya sebagai ‘aqabah-‘aqabah. Dan seterusnya beliau membahagikan ‘aqabah-‘aqabah itu kepada tujuh iaitu:
1- 'Aqabah Ilmu (عَقَبَةُ الْعِلْمِ).
2- 'Aqabah Taubat (عَقَبَةُ التَّوْبَةِ).
3- 'Aqabah 'Awaiq (Penghalang).(عَقَبَةُ الْعَوِائِقِ).
4- 'Aqabah 'Awaridh (Gangguan).(عَقَبَةُ الْعَوَارِضِ).
5- 'Aqabah Bawa’ith (Dorongan) (عَقَبَةُ الْبَوَاعِثِ).
6- 'Aqabah 'Qawadih (Perosak). (عَقَبَةُ الْقَوَادِحِ).
7- 'Aqabah Puji Dan Syukur (عَقَبَةُ الْحَمْدِ وَالشُّكْرِ).
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|