Cart 0

Muslimah Anggun Dengan Berfesyen & Kosmetik- Abir Ayyub Al-Halw

RM 23.00


Setengah wanita dari setiap generasi peradaban manusia adalah wanita, bahkan lebih. Wanitalah yang memelihara dan mendidik putera puterinya. Kerana itulah Islam menaruh perhatian besar terhadapa wanita. Wanita adalah tonggak dan tiang pokok masyarakat. Masyarakat akan baik bila kaum wanitanya baik, dan akan rosak bila kaum wanitanya rosak.

    Seperti yang telah diketahui, salah satu tujuan utama syariah Islam adalah memperbaiki masyarakat di sela pemberlakuan berbagai syariah dan hukum yang mengikat interaksi antara individu dan terhadap Rabb. Dalam hal ini, lelaki dan perempuan sama sahaja. Tetapi ada beberapa hukum yang khusus terkait dengan kaum wanita yang harus diketahui dan dijelaskan, di antaranya adalah hukum-hukum yang berkaitan dengan masalah berhias.

    Buku ini menjelaskan seputar masalah penting di atas yang banyak menjadi bahan pertanyaan. Atas izin Allah s.w.t dalam buku ini pembaca akan menemukan penjelasan hakikat berhias yang disyariahkan dan yang dilarang, baik berkenaan dengan wajah, rambut, ataupun seluruh bahagian badan. Nilai buku ini jelas menjelaskan pandangan syariah tentang berbagai model dan bentuk berhias moden serta beragam pembedahan kecantikan yang kini tersebar di berbagai belahan dunia.

Adapun tujuan daripada penulisan buku ini adalah untuk mengetahui berbagai permasalahan di atas dan hukum-hukum syariahnya.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment