Cart 0

Panduan Merancang Keluarga Bahagia- Ahmad Zawawi Abdullah

RM 18.50


Sinopsis:

SIRI MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN UTUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengkhususkan kepada konsep pemikiran positif dalam mencapai matlamat diri dan masyarakat. Kupasannya berlegar dalam ruang untuk menyerlah- kan keunggulan personaliti dan menghasilkan kecemerlangan dalam perhubungan dengan diri sendiri dan anggota masyarakat, Siri ini sarat dengan konsep dan teknik motivasi untuk menghasilkan kecemerlangan.

          Keluarga bahagia bermula daripada tingkah laku yang positif. Minda yang bersih dapat membantu pasangan suami isteri menghurai masalah rumah tangga yang dihadapi dan masalah melibatkan persoalan anak-anak yang secara jernih. Suasana bahagia dalam keluarga dapat diwujudkan melalui pelbagai cara dengan melibatkan bukan sahaja pasangan, malah boleh disertai oleh anak-anak. Dengan terpancarnya sinar kebahagiaan dan kemesraan antara pasangan suami isteri, jiwa anak- anak akan tertarik untuk sama-sama memupuk kebahagiaan keluarga. 

        Oleh itu, dalam buku ini dikemukakan pelbagai cara yang terbukti mampu menciptakan suasana mesra dan romantik dalam hubungan suami isteri. Turut ditekankan dalam buku ini ialah perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan dalam membina atau mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Dengan itu, buku ini sesuai dibaca oleh bakal pengantin, pasangan yang baru atau telah lama berumah tangga dan setiap individu yang mahu menambahkan ilmu pengetahuan berhubung kekeluargaan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment