Panduan Zakat Dalam Islam- Syeikh Muhammad bin Soleh
Zakat merupakan salah satu tiang agama Islam. Ibadah ini memiliki peranan yang sangat penting. Sebab itulah mengapa perintah membayar zakat selalu bersama dengan kewajipan mendirikan solat fardhu. Akan tetapi, realiti kehidupan menunjukkan masih ramai umat Islam yang belum memahami konsep zakat secara utuh, sehingga mereka enggan dan tidak mengeluarkan zakat.
Padahal banyak sekali hikmah yang terkandung dalam perintah zakat itu jika kita melaksanakannya. Selain untuk membersihkan harta, zakat juga dapat membuat pelakunya menjadi dermawan, menguatkan tali persaudaraan, dapat menenteramkan jiwa dan hati dari rasa dendam, dan dapat membantu menumbuhkan ekonomi ummah.
Buku Panduan Zakat Dalam Islam ini hadir untuk menjelaskan konsep zakat secara utuh dan terperinci. Buku ini ditulis setelah mengadakan penelitian dan pengkajian secara mendalam terhadap Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Dengan membaca buku ini diharapkan kita akan memahami dengan konsep zakat sesungguhnya. Dan juga, akan tumbuh kesedaran kita akan pentingnya membayar zakat bila sudah sampai nisabnya dan tanpa menunda-nunda lagi, sehingga kita menjadi makhluk yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Dan Menuntut Ilmu dengan berguru agar ilmu yang dipelajari lebih mudah untuk difahami. InsyaAllah
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|