Cart 0

Pesan Al-Quran Buat Wanita -Huda Hashim

RM 35.00


Sebenarnya, tidak mudah bagi seorang wanita meluah rasa. Semakin hebat ujian, mereka menjadi semakin sensitif. Semakin matang usia, mereka menjadi semakin selektif. Kepercayaan pada manusia mula terhakis, pergaulan sesama rakan semakin terbatas.

Kadang, rasa tiada siapa yang ambil peduli menyebabkan mereka hanya memendam rasa. Kadang, rasa tiada siapa menghargai lalu mereka mula menyendiri. Lebih menyedihkan, jika ada yang tidak membantu namun sekadar menyakitkan hati.  Ceria yang dahulu bertukar menjadi lebih berhati-hati. Bahagiakah jika berterusan begini?

Wanita tidak lemah. Hanya berada di titik dilema, untuk bangkit semula dan kembali tabah. Maka tiada cara lain kecuali dengan kembali pada fitrah beragama. Pulang semula pada Allah SWT dan rujuk Al-Quran sebagai mukjizat teragung, panduan sepanjang hayat.


Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment