Cart 0

Soalan dan Penyoalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa- Noor Rohana Mansor

RM 17.00


   SIRI PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN UTUSAN cetusan pemikiran ke arah memperkaya- kan konsep keilmuan dalam pelbagai bidang seperti perkembangan pembelajaran, strategi pengajaran dan pendidikan kaunseling. Semua huraian dalam buku ini merangkumi konsep, kaedah, teori dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk daya pemikiran yang kreatif dan sistematis. 

            Buku ini secara khusus menyediakan Model Kod Analisis Aras Kognitif Soalan, iaitu satu garis panduan yang mengandungi input item-item pembinaan soalan yang membantu dan membimbing kalangan pendidik untuk membina soalan-soalan dengan pelbagai aras kognitif. Model ini juga dijadikan instrumen bagi mengukur keupayaan daya berfikir pelajar. Model ini asasnya digunakan untuk membina soalan-soalan kefahaman bahasa secara khusus, namun aplikasi penggunaannya merentas kurikulum dan memberi keyakinan kepada pendidik dalam membentuk soalan. Soalan yang dibentuk mampu melahirkan pelajar dengan aras pemikiran rendah kepada pemikiran aras tinggi yang mencabar. 

             Buku ini amat sesuai untuk rujukan pendidik sama ada di sekolah daripada peringkat rendah sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi, khuSUsnya dalam membantu menyediakan, membina dan seterusnya menggunakan kepelbagaian soalan yang berkesan bagi membentuk keintelektualan pemikiran pelajar.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment