Terjemahan Aqidatul Awam Dan Penjelasannya
Aqidatul Awam merupakan salah satu kitab Tauhid karangan ulama besar, seorang Waliyullah yang masyhur pada zamannya, iaitu Syekh Sayyid al-Marzuqi al-Maliki al-Hasani.
Kitab ini sangat popular dalam dunia Islam, bahkan digunakan di berbagai pondok dan madrasah di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Selari dengan namanya “Aqidatul Awam” yang bererti akidah untuk orang-orang awam, kitab ini dipersembahkan untuk umat Islam agar mengenali tauhid, khususnya bagi tingkat pemula. Oleh itu, isi daripada kitab ini sangat perlu dan penting untuk diketahui oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja mengenali Islam.
Kitab ini mengandungi 57 bait, bermula dengan pujian-pujian kepada Allah dan Rasulullah, serta kepada para sahabat dan ahli bait Nabi SAW.
Kemudian di dalamnya juga membahaskan tentang kewajipan mengetahui sifat-sifat Allah, sifat-sifat mustahil bagi Allah, dan sifat jaiz bagi Allah. Di dalamnya juga dijelaskan tentang sifat-sifat wajib, mustahil, dan jaiz bagi para Rasul, serta nama-nama 25 Nabi yang wajib diketahui.
Ada juga perbahasan tentang nama-nama 4 kitab suci yang diturunkan oleh Allah, kewajipan menerima ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah, serta iman kepada hari kiamat. Ada juga penjelasan tentang nama-nama keluarga Nabi, cerita sejarah perjalanan Israk dan Mikraj, kewajipan mendirikan solat lima waktu, dan masih banyak lagi. Nazom Aqidatul Awam ini juga sudah mula dimasuki ole unsur instrumen seni, seperti dilagukan dengan pelbagai irama dan dipadukan dengan berbagai alat musik islami, seperti gambus, rebana, dan sebagainya.
Related products
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|