Siri Tasawwuf "Kitab Bayan Alif" (Membongkar Rahasia Dalaman Ahli Sufi) oleh Syeikh Hamzah Al-Fansuri
KITAB BAYAN ALIF - Membongkar Rahasia Dalaman Ahli Sufi
SYEIKH HAMZAH AL-FANSURI
Kitab edisi jawi lama ini berjudul "Kitab Bayan Alif" yang mana ada yang berpendapat bahawa pengarang kitab ini ialah Syeikh Hamzah yang telah disusun tulis oleh seorang tokoh sufi yang bernama Mahmud bin A.Bakar bin Udang, Gong Baiduri, Pontianak. Mudah-mudahan kitab ini menjadi pendorong dan pencetus minda anda untuk mendekati dan mengenali Allah Taala dan Rasul-Nya dengan lebih seronok lagi selari dengan hukum Allah Taala dan syariat Rasulullah s.a.w. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa ilmu Tasawwuf adalah ilmu rasa atau ilmu dzauq. Sesiapa yang ingin merasai dan mengalaminya sendiri akan faham nanti. Untuk merasainya perlulah masuk dan mengembara pada jalan kerohanian yang dibimbing dan dipandu oleh Guru Mursyid yang kamil mukammil yang sudah pun merasai, mengalami dan bergelumang dalam Alam Mitsal, Alam Arwah, Alam Malakut, Alam Jabarut, Alam Lahut, Alam Yahut dan Alam Hahut. Jalan inilah yang dikenali dengan nama Thariqat Sufiyah atau Jalan Orang Sufi. Oleh itu, semasa anda membaca dan memahami kitab ini, bacalah dengan tenang. Sekiranya terdapat perkara yang meragukan (sebab tak tahu, jahil dan tidak pernah mendengar sebelum ini), bertanyalah kepada orang yang tahu (orang-orang 'Arif Billah), belajarlah dengannya supaya anda tidak tersesat jalan.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|