100 Dosa Yang Diremehkan Wanita
Buku "100 Dosa Yang Diremehkan Wanita" ini menghimpunkan sebagaimana judulnya. Bukan bertujuan mencari-cari atau membuka aib kaum wanita, tetapi inilah di antara realiti yang berlegar di sekitar kita dan di kalangan kaum wanita khasnya. Dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan tersebut merangkumi isu-isu aqidah, ibadah, kekeluargaan, tanggungjawab sebagai isteri, pakaian dan perhiasan, dalam perkara terkait pengurusan jenazah, urusan harta, perbelanjaan, ucapan/lisan dan akhlak.
Buku ini wajar untuk dijadikan sebagai ‘cermin muhasabah’ yang menjernihkan bagi seseorang muslimah yang ingin dirinya sentiasa konsisten menjalankan agama dan menjauhi dosa. Lebih penting, buku ini sentiasa mengingatkan kepada kita bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: “Diperlihatkan kepadaku Neraka, maka ku lihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Seorang yang bertaqwa sudah tentu akan sentiasa merasa takut jika dirinya termasuk di antara wanita yang disentuh oleh hadis-hadis Rasulullah berkaitan dosa-dosa yang dimaksudkan. Oleh itu, melalui buku ini semoga kita dapat mengetahui dan memahami jalan penyelesaian untuk menghindari apa-apa jua yang perlu dijauhi dari pelbagai bentuk kesalahan dan dosa, yang kelak dibimbangi akan menjerumuskan ke lembah api Neraka.
Buku ini juga sangat baik untuk difahami oleh setiap kaum lelaki yang merupakan para wali bagi kaum wanita, para wali kepada isteri-isteri mereka, anak-anak gadis mereka, ibu mereka, adik-adik perempuan mereka, dan yang seangkatan dengannya. Kerana seorang lelaki itu adalah pemimpin, pelindung dan pembimbing bagi kaum wanita (lihat Surah An-Nisaa', 4: 34), kerana itu lelaki juga memiliki tanggungjawab paling besar dalam kehidupan mereka berupa melindungi anak isteri mereka dari ancaman api Neraka (lihat Surah At-Tahrim, 66: 6).
Maka sudah seharusnya bagi seorang lelaki memiliki ilmu dan hikmah dalam menjaga dan membimbing para wanita mereka, baik dari anak-anak gadis mereka, para isteri mereka, mahupun adik-adik dan ibu mereka.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|