Siri Bangkit Spiritual: Hikam Kehidupan
Rujukan terbaik ilmu self development atau self motivation adalah para ulama’ tasawuf. Mereka terbukti pakar dalam pembinaan rohani dan jasmani manusia hingga menggapai kebahagiaan sejati. Hikmah-hikmah daripada penulisan dan bicara mereka adalah penawar kepada jiwa yang rebah.
Para pembaca dihidangkan syarahan matan hikam terpilih daripada 266 matan Hikam Ibnu Atha’illah (1259 – 1310 M) tanpa mengikut turutan yang bersifat lebih ringan dan berhubung nasihat kehidupan. Matan Hikam Ibnu Atha’illah merupakan salah satu karya teragung dan legend dalam dunia kerohanian. Matan-matan Hikam pilihan ini disyarahkan dengan bahasa mudah faham dan santai dengan tujuan sampai maksud kepada orang awam.
Matan Hikam Ibnu Atha’illah sangat sarat dengan muatan dan pengalaman spiritual yang sangat indah ditambah lagi kandungannya tersurat sastera yang menawan. Kebangkitan spiritual adalah penyembuhan sebenar (genuine healing) kepada akal, emosi dan jasad. Ia melahirkan jiwa yang kuat tauhid dan kembali bertaut cinta kepada Allah عز وجل dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Demikianlah insan dan itulah kebahagiaan, itulah hakikat kejayaan!
Semoga buku ini menjadi panduan buat mereka yang ingin mendalami ilmu spiritual sekaligus menyucikan diri dari sifat tercela serta menghiasi diri dengan sifat terpuji
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|