Cart 0

Hamas - Perjuangan dari Buaian Sehingga Titis Darah Terakhir

RM 25.00


PENULIS: SAIFULLAH MOHD SAWI & MUNIRAH ATIRAH ZAKARIAH

 Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Mengapa tidak, kerana di sanalah terdapatnya Qiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlakunya Isra' dan Mi'raj, iaitu Masjid al-Aqsa. Palestin juga merupakan tanah milik umat Islam sejak dari zaman nabi Allah Sulaiman lagi. Ia kemudian silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehingga kembali menjadi milik umat Islam. Kini, semenjak tahun 1948 Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi.

 Malangnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia masih naif tentang apa yang berlaku di Palestin, malah jauh sekali untuk menghayati isu tersebut. Ramai yang mengatakan isu ini adalah isu rakyat Palestin atau isu kaum Arab. Media yang dikuasai Barat dan Yahudi pula, lantas mengatakan umat Islam di Palestin adalah golongan pengganas yang mengganggu kaum Yahudi yang merupakan rakyat sebenar bumi Palestin.

Kemunculan HAMAS sekitar 1987 telah menyuntik semangat bagi pejuang dan pencinta Islam di bumi Palestin bagi membebaskan diri dari cengkaman regim Zionis Yahudi. Buku ini merupakan huraian tentang sejarah dan peranan gerakan HAMAS dalam mebebaskan bumi Palestin.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment