Permata Hadis Nabawi: Jilid 1
Sinopsis
“Semoga Allah menceriakan seseorang yang mendengar dari kami suatu (riwayat), lalu dia menyampaikannya sebagaimana yang dia dengar, maka barang kali orang yang disampaikan lebih hafal (dan lebih faham) daripada orang yang mendengar.” (Riwayat Imam At-Tirmizi)
Penyusunan karya berbentuk Al-Arba’iniyyat (himpunan 40 hadis) telah mendapat perhatian yang luar biasa dalam kalangan ulama, sama ada yang terdahulu mahupun kontemporari. Sehingga jumlah bilangan kitab-kitab bertema 40 hadis tidak mampu ditentukan secara jelas dan tepat. Bahkan, karya-karya yang berbentuk himpunan 40 hadis tersebut telah disusun mengikut tema dan perbahasan yang pelbagai.
Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, salah seorang ulama Nusantara yang digelar sebagai Al-Azhar ats-Tsani (Al-Azhar Kedua), telah menyusun banyak kitab bertema Al-Arbainiyyat sebegini. Karya yang berada di tangan pembaca ini merupakan himpunan empat buah kitab Al-Arba’iniyyat, iaitu 40 Hadis Riwayat Sayyidina Abu Hurairah, 40 Hadis tentang Adab, 40 Hadis tentang Salam dan 40 Hadis tentang Dosa Besar.
Semoga kehadiran Permata Hadis Nabawi Jilid 1 ini dapat menyemarakkan lagi dunia ilmu dan hadis di tanah air tercinta.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|