40 Hadis Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah
40 HADIS MUKHTASHAR IBNU ABI JAMRAH (Jilid Pertama) menghimpunkan 42 hadis pilihan daripada kitab Shahih al-Bukhari.
Antara hadis yang disebutkan dalam jilid ini:
Hadis mengenai Permulaan Turunnya Wahyu, Golongan yang Mendapat Kemanisan Iman, Perjanjian Taat Setia, Dua Muslim Yang Saling Berbunuhan, Mendirikan Malam Al-Qadr, Niat Berbelanja untuk Keluarga, Jalan Mudah ke Syurga, Nabi Dikurniakan Sebahagian Ilmu Ghaib, Manusia Paling Bahagia dengan Syafaat, Cara Ilmu Diangkat, Hisab yang Mudah, Air Mani Bukan Najis, Solat di Atas Kenderaan dan banyak lagi.
SIAPA IMAM IBNU ABI JAMRAH?
Abu Muhammad Abdullah bin Sa‘ad bin Abi Jamrah al-Azdi al-Andalusi, salasilahnya bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW, Sa‘ad bin ‘Ubadah al-Anshari r.a. Al-Azdi merupakan nisbah kepada salah satu bangsa Arab. Al-Andalusi merupakan nisbah kepada negara kelahiran beliau iaitu al-Andalus. Beliau seorang al-‘Arif billah, al-muhaddits, al-bari’, az-zahid, al-Qudwah ar-Rabbaniah, al-Maliki.
Lahir di Andalus lebih kurang tahun 625 H di bandar al-Mursiah, dan dibesarkan di sana dalam keadaan penuh dengan didikan agama. Menghafaz al-Quran sejak kecil lagi dan begitu mengambil berat dengan ilmu hadis dan ilmu yang berkaitan dengan atsar (peninggalan) Rasulullah SAW.
Seorang yang alim dalam bidang hadis sehingga digelar al-Hafizh, pakar dalam bidang qiraat dan seorang sufi.
Wafat pada tahun 675 H di Mesir, dan makamnya berhampiran makam asy-Syeikh Tajuddin bin ‘Atho’illah as-Sakandari rahimahullah.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|