Iqra Al- Hidayah- Haji Abu MAzaya Al-Hafiz
IQRA' AL-HIDAYAH (Al-Wafi) merupakan sebuah buku asas pembelajaran membaca Al-Quran mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmani. Buku ini disusun secara sistematik dan diolah secara berperingkat mengikut tahap pembelajaran dan pemahaman pelajar. Terdapat 6 jilid yang lengkap di dalam satu buku di mana setiap jilid mengandungi pelajaran yang berbeza dan meningkat mengikut kesesuaian perkembangan palajar.
Pada peringkat awal pembelajaran, pelajar diperkenalkan dengan asas bacaan bermula pengenalan Huruf Hijaiyyah, Huruf Berbaris, Pengenalan Harakat atau Baris serta Tanda Baca dan diperkenalkan dengan Huruf Rangkai. Setelah mahir dengan asas bacaan, pelajar diajar hukum-hukum tajwid ringkas yang terdiri daripada Huruf Mad, Hukum Nun dan Mim Sukun, Idgham, Qalqalah dan sebagainya disusuli dengan ulangkaji yang berterusan.
Di dalam buku ini juga disertai Surah Lazim sebagai latihan dan persediaan untuk para pelajar sebelum berpindah ke peringkat seterusnya.
Semoga dengan kehadiran buku ini akan memberi manfaat dan memudahkan masyarakat untuk mempelajari ilmu Al-Quran demi melahirkan generasi yang celik dan dengan Al-Quran.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|