Masalah Muafik dan Masbuk- Hassan Bin Ahmad
Memandangkan masalah muafik dan masbuk itu merupakan perkara yang amat penting dan wajib diketahui oleh semua para maamum dan seluruh umat islam amnya kerana masalah itu mempunyai kaitan rapat dengan ibadat solat, sembahyang bagi seseorang maamum tidak akan menjadi dan sah selagi mereka jahil dalam masalah itu lebih-lebih lagi jika melanggar hukum-hukum fekah dalam masalah muafik dan masbuk.
Tetapi apa yang berlaku kepada masyarakat umumnya pada masa kini, bahawa pada kebanyakkan mereka menjadi kesukaran untuk memahami masalah muafik dan masbuk dengan tepat mengikut hukum fekah.
Boleh jadi kesukaran yang mereka hadapi itu adalah di sebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya di sebabkan buku-buku atau kitab-kitab yang menghuraikan masalah muafik dan masbuk dengan cara yang mudah serta dengan bahasa yang senang adalah sangat berkurangan sekali, atau boleh jadi juga kerana umat islam sekarang sentiasa dalam kesibukkan mencari nafkah hidup sehingga tidak ada masa dan ruang untuk membaca dan mengkaji dalam kitab-kitab fekah berhubung masalah ini.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|