Matan Al-Ajurrumiyah (Rumi)
Ini adalah sebuah kitab kecil pada permulaan ilmu nahu bahasa Arab yang dihimpunkan oleh Syeikh Al-Shinhaji (Abu Abdullah Muhamad Bin Muhamad Bin Daud Al-Shinhai yang masyhur dengan nama Ibnu Aajurrum. Setiap bab kitab ini disusun pada keseluruhannya dimulai dengan matan, kemudian diikuti dengan terjemahan dan i'rab (dari kitab Mukhtashar I'rab Al-Ajurrumiyah) dan di akhir kitab ini disertai pula dengan contoh-contoh tambahan. Tujuan kitab ini adalah untuk dijadikan bahan pembelajaran bagi sekalian kaum Muslimin yang baru belajar bahasa Arab, terutama bagi pelajar-pelajar di peringkat permulaan bagi melengkapkan diri mereka, pengetahuan asas mengenai ilmu nahu bahasa Arab. Kitab ini mengandungi beberapa bab, iaitu mukadimah, bab i'rab, bab mengenali tanda-tanda i'rab, bab fi'il, bab isim marfu', bab fa'il, bab maf'ul tidak disebut fa'il, bab mubtada dan khabar, bab 'amil yang masuk atas mubtada dan khabar, bab na'at, bab 'athaf, bab taukid, bab badal, bab isim manshub, bab maf'ul bih, bab mashdar, bab zharaf, bab hal, bab tamriz dan banyak bab lainnya.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|