Cart 0

Riyadhus Shalihin- Imam Nawawi

RM 75.00


Sinopsis:

Tidak asing lagi kitab Riyadhus Shalihin yang disusun Imam An-Nawawi atau yang digelar dengan Al-'Alamah Al-Muhaddis Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi Ad-Dimasqi As-Syafi'i, merupakan sebuah kitab yang sangat masyhur dalam dunia Islam. Kitab ini telah dijadikan pegangan selama ratusan tahun bagi para ulama, pelajar dan penuntut ilmu agama di belahan dunia termasuk di institusi pendidikan tradisional (pondok) sejak berzaman dan ia merupakan salah satu kitab wajib bagi seluruh penuntut bahkan dalam pendidikan moden pun kitab ini masih digunakan sehingga ke hari ini.

Dalam mukadimah kitab ini, penyusun secara tegas mengatakan bahawa buku ini mengandungi hadis-hadis yang dikutip dari Kutubus Sittah (enam kitab utama), iaitu kitab hadis yang paling utama dalam Islam. Dan secara tegas pula dikatakan bahawa kutipan tersebut hanya dari hadis-hadis yang sahih dari kitab-kitab yang masyhur itu. Dengan demikian tidak ada satu hadis daif pun yang terdapat dalam kitab ini. Dan ulama sedunia selama ratusan tahun sudah membuktikan kebenaran penyusunnya.

Dalam kitab ini telah diperbahaskan tentang hukum-hakum syariat Islam dalam semua bahagiannya termasuk bidang ilmu Tauhid, Tafsir, Fikah, Sirah, dan sebagainya. secara amnya kitab ini mengandungi 1,900 hadis. Dalam metode penulisannya, Imam Nawawi terlebih dahulu mengemukakan ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil utama untuk menguatkan dalil penyokong atas kitab yang akan dibahaskan, kemudian baru menyertakan dalil-dalil hadis sebagai huraian atas bab-bab yang dibahaskan tersebut.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment