Cart 0

Solat Kebaikan dari Perspektif Sains- Prof Ir. Dr. Fatimah Ibrahim

RM 29.90


Sinopsis: 

Umat Islam diwajibka menunaikan solat lima kali sehari. Mereka juga digalakkan melaksanakan beberapa sembahyang sunat dalam kehidupan hariannya.

Penekanan terhadap ibadat solat menunjukkan solat mendatangkan, banyak kebaikan. Manfaat solat dari segi rohaniah banyak diperkatakan dalam Quran dan hadis.

Solat juga memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal dan mental. Kajian saintifik yang telah dijalankan mengesahkan hal ini.

Buku ini mengupas hasil kajian awal kesan solat ke atas kesihatan. Objektif kajian tersebut dijalankan adalah untuk menentukan kesan solat terhadap kesihatan fizikal dan mental pengamalnya, termasuklah kesan ke atas sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak, dan aktiviti otot. Walaupun kajian tersebut berbentuk penyelidikan saintifik tetapi buku ini membentangkan dapatannya dalam format yang sesuai untuk bacaan masyarakat umum.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal, dan mental.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment