Siraj Al-Qari (Rumi)- Sheikh Muhammad Saleh bin Zainal Abidin
RM 24.00
Siraj al-Qari adalah sebuah kitab tajwid yang sangat masyhur yang diterjemahkannya oleh Sheikh Muhammad Saleh bin Zainal Abidin (Tuan Minal) bin Muhammad al-Fathani, yang ditulis dalam bahasa Melayu lama loghat Fathani. Antara kandungannya :
- Bab isti’azah, bab basmalah, bab hukum nun yang mati dan tanwin, fasal mim yang mati, bahagian mim dan nun yang bersabdu dan fasal idgham.
- Bab lam ta’rif. Fasal tafkhim dan tarqiq ra’ , Fasal tarqiq dan tafkhim lam.
- Bab makhraj huruf dan sifatnya, fasal sifat-sifat huruf.
- Bab hukum mad dan qasar. Perbezaan antara raum dan ikhtilas, ḥa’ ganti nama. Bab waqaf dan ibtida, fasal bahagian waqaf.
- Bab penulisan Al-Quran (rasam). Tawatur bacaan daripada Nabi. Maksud tujuh huruf. Dan nama-nama qurra’ yang tujuh.
- Bacalah Al-Quran dengan lagu Arab. Jauhkan daripada membacanya dengan lagu orang fasik dan lagu dua kitab. Asal usul lagu. Awasi daripada lagu yang diperbaharui. Bacaan yang ditegah dan yang diharamkan.
- Tujuan utama pada bacaan Al-Quran. Waktu yang afdal bagi membaca Al-Quran. Kelebihan bagi orang yang membaca Al-Quran. Adat khatam Al-Quran berbeza-beza mengikut kadar kemampuan. Adab khatam Al-Quran sangat banyak. Adab berdoa. Antara doa khatam Al-Quran.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|
×