Cart 0

Buku Lengkap Pengurusan Jenazah- Mohd Nasiruddin Al-albani

RM 20.00


Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.


Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanaksaudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Namun, lazimnya suasana memeranjatkan dan kesedihan akan menyebabkan mereka yang berkenaan panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam mcngatasi situasi ini pengetahuan dan persediaan dari segi ilmu pengurusan jenazah amat penting. la bukan sahaja terletak di atas bahu mereka vang menghadapi situasi kematian ahli keluarga tetapi persediaan ilmu pengetahuan ini perlu diketahui oleh seluruh ahli masyarakat. Ini kerana kewajipan fardu kifayah pengurusan jenazah itu adalah ditanggung oleh seluruh masyarakat setempat yang berlakunya kematian.


Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi kita semua untuk menambah dan mengukuhkan pengetahuan kita berkenaan pengurusan jenazah. Semoga dengan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan dalam menunaikan tuntutan kewajipan fardu kifayah di dalam masyarakat Islam.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment