Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin
Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin hanyalah satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat ini menjadikan nikah kahwin sebagai suatu upacara mudah dan ringkas.
Sementara bagi orang yang berkemampuan pula menjadikan nikah kahwin sebagai salah satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan. Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya ilmu pengetahuan tentang munakahat hari ini menyebabkan pelbagai perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin diabaikan.
Buku Soal Jawab Remeh-temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini, mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia merupakan agenda penting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|