Cart 0

Prosedur Kejururawatan Kecemasan- Mancini

RM 19.90


Sinopsis:

Buku ini adalah terjemahan daripada buku edisi Bahasa Inggeris berjudul Pocket Manual of EMERGENCY NURSING PROCEDURES yang diterbitkan oleh B. C. Decker, USA.  

Prosedur Kejururawatan Kecemasan telah disediakan sebagai bahan rujukan segera kepada para jururawat yang berkhidmat dalam Jabatan Kecemasan. Ia memberikan rujukan segera kepada pelbagai prosedur yang seringkali dihadapi oleh jururawat-jururawat ini. Prosedur-prosedur ini dipersembahkan dalam format yang amat berguna kepada jururawat: dalam bentuk penyenaraian yang mudah, buku ini memberikan tujuan, petunjuk, kontraindikasi, kelengkapan dan prosedur langkah demi langkah, susulan dan dokumentasi bagi setiap prosedur yang diberikan. Setiap prosedur distrukturkan dalam cara yang sesuai digunakan sebagai piawai rawatan atau pengawas jaminan mutu.

    Empat garis panduan penilaian turut disertakan, iaitu penilaian jantung, neurologi, pernafasan dan trauma. Garis panduan langkah demi langkah ini boleh digunakan sebagai rujukan tersedia apabila pesakit kecemasan tiba.

    Bahagian lampiran pula menyediakan Alogaritma Persatuan Jantung Amerika 1987 untuk Sokongan Hidup Jantung Termaju, penyenaraian produk darah, prosedur pengasingan, pemberian pengubatan intravena, dan kebiasaan untuk ujian makmal yang paling biasa juga turut diberikan. Haruslah diingat bahawa piawai yang diberi dalam lampiran-lampiran ini adalah khusus untuk Parkland Memorial Hospital dan mungkin berbeza dari satu institusi ke institusi yang lain.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment