Cart 0

Nilai Teras Organisasi Pesaing Sejagat- M.Z Azmie

RM 16.90


SIRI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UTUSAN terdiri daripada buku-buku yang mengulas pelbagai persoalan dalam pengurusan dan pentadbiran seperti pelaksanaan dasar, kewangan, kepimpinan, mutu kerja dan produktiviti. Buku-buku dalam siri ini mengandungi saranan, peraturan dan panduan yang perlu diamalkan oleh setiap pengurus, pentadbir dan perancang atau individu dalam organisasi seperti syarikat swasta dan jabatan kerajaan. 

NILAI TERAS ORGANISASI PESAING SEJAGAT 

Cabaran abad dua puluh satu datang dengan pantas dari pelbagai arah tanpa henti. Sempadan yang mendindingi kita selama ini telah dirungkai kuncinya oleh WTO dan kini tumbang rebah dalam rempuhan gergasi ekonomi dunia. Maka, kita perlukan organisasi terbaik dalam kalangan yang terbaik bagi mewakili kita untuk mampu berdiri tegak sebagai pesaing sejagat di tengah gelanggang. 

Dalam persekitaran bercelaru dan penuh keliru abad ini, kemampuan membina istana dan kubu tidak lagi dapat menjamin keselamatan. Namun, nilai sabar, sepakat, siaga, sopan dan syukur hanya mampu menjadi obor penunjuk arah dan menjadi tunjang mencengkam bumi dalam menghadapi terjahan gelombang dan badai. Maka pengarang telah mengambil masa sembilan tahun untuk mengkaji, menyaring dan mencuba lima nilai pilihan ini dalam organisasi sebenar dan menulis tiga buah buku mengenainya. Akhirnya nilai sabar, sepakat, siaga, sopan dan syukur ini telah dipilih menjadi senjata organisasi pesaing sejagat. 

Maka menjadi harapan kita dengan bekalan senjata lima nilai ini, pendekar kita akan bangun membuka langkah berpencak lincah di gelanggang dunia sebagai organisasi pesaing sejagat.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment