Pengajian Sosial KPLI- Ismail Said
Sinopsis:
Kurikulum Pengajian Sosial dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah sekolah rendah diperkenalkan kementerian bertujuan menyediakan guru-guru yang menguasai pengetahuan dan kemahiran pengajaran disiplin mata pelajaran Kajian Sosial. Sukatan ini merangkum pengetahuan dan kemahiran dalam ilmu geografi, sejarah, ekonomi, sosiologi dan sains politik. Sukatan Pengajian Sosial dibina untuk melahirkan guru-guru yang berpengetahuan luas dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang ada ini diharapkan membawa impak yang positif dalam proses pengajaran dan pemelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah-sekolah rendah.
Buku ini menerangkan mata pelajaran Pengajian Sosial KPLI dengan mengenengahkan tajuk-tajuk Perspektif Pengajian Sosial, Pengenalan Sukatan Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah, Nilai dan Etika Pengajian Sosial, Pedagogi dalam Pengajian Sosial, Perancangan dan Persediaan Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sumber Pemelajaran Pengajian Sosial, Pengujian dan Penilaian dalam Pengajian Sosial, dan Perkembangan Profesionalisme Guru Pengajian Sosial.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|