Cart 0

Transliterasi Kata: Arab & Parsi & Turki- Muhammad Bukhari Lubis

RM 11.00


 Sinopsis:

Transliterasi Kata Arab • Parsi Turki mengemukakan panduan terperinci dalam menyediakan tulisan yang berkaitan bidang Pengajian Islam dan Pengajian Asia Barat, sama ada yang berbentuk ilmiah, seperti esei, latihan ilmiah, tesis atau disertasi; mahupun berbentuk umum, seperti rencana, laporan, atau syarahan. Kaedah dan tatacara yang dikemukakan adalah selari dengan amalan dan gaya di peringkat antarabangsa, yang diguna pakai di universiti dan organisasi unggul di dunia. 

           Buku ini membahaskan cara menukar aksara Jawi yang membentuk perkataan Arab atau Parsi atau Turki ke aksara Rumi serta kaedah penggunaan- nya. Di samping itu, dihuraikan secara rinci tatacara menulis catatan bawah atau catatan hujung dan bibliografi serta penggunaan sistem pengarang-tarikh. Turut disediakan dalam buku ini ialah panduan menukar tahun Hijriah ke tarikh Masihi dan beberapa saranan yang berkaitan.

          Sebagai pelengkap, pengarang menyertakan cadangan panggilan penghormatan dan adab ketika menyebut tokoh-tokoh Muslim yang berjasa, dan senarai kependekannya. Dengan mengambil kira kepentingan laras bahasa dalam sesebuah penulisan ilmiah khususnya, buku ini turut membincangkan perkara tersebut secara ringkas, tetapi padat. 

        Disusun dan direka sebagai pedoman dalam menghasilkan tulisan, buku ini bertolak daripada prinsip bahawa idea yang baik boleh hilang daya tarik jika dipersembahkan dengan gaya yang mengelirukan, khasnya dari segi ejaan dan sistem serta ketekalan penggunaannya. Apalagi gaya yang mengelirukan itu boleh disalah tanggapi, seterusnya membawa implikasi negatif. Oleh yang demikian, buku ini sangat bermanfaat sebagai rujukan akrab bagi para mahasiswa, sarjana, penulis, juga pengamal media.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment