Cart 0
al qariah

Tafsir Al-Quran: Surah Al-Qari'ah, Surah Al-'Adiyat- Nik Abdul Aziz Nik Mat

RM 34.00


Surah al-Qari’ah, Surah al-A’diyat, Surah al-Zalzalah dan Surah al-Bayyinah ini tidak asing bagi masyarakat kita. Walaupun kepanjangan ayatnya agak panjang berbanding surah-surah di dalam buku mengaji Muqaddam, namun kandungan ayatnya mempunyai kesinambungan daripada surah-surah lain.

Surah-surah awal daripada juzuk 30 ini memasakkan ke dalam hati sanubari pembaca dan peneliti ayat-ayat ini dengan aqidah yang kukuh. Bermula dengan Tauhid kepada Allah sehinggalah kepercayaan kepada kejadian kiamat yang menghancurkan alam.

Empat surah ini adalah rentetan surah daripada penerbitan sebelum ini bermula dari Surah al-Nas sehingga Surah al-Takathur yang memberi gambaran kefahaman aqidah yang jelas kepada pembaca dan peneliti ayat-ayat ini.

Menggali ayat demi ayat daripada surah-surah ini ibarat mengorek lubang di saat kita terperangkap di dalam gua yang gelap. Setiap tanah dan batu yang digali itu akan merungkaikan simpulan-simpulan fikiran yang kabur daripada penglihatan. Akhirnya, kita korek dan gali sehingga ternampak lubang cahaya yang membolehkan kita melepaskan diri daripada kekusutan pemikiran dan ideologi.

Penggalian makna ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui lisan kuliah yang dibukukan ini, membuka lubang-lubang cahaya kepada kita dalam memahami timbunan ayat-ayat Al-Quran. Baris-baris ayat di dalam buku ini membuatkan kita terdengar semula suara Almarhum Tuan Guru menyampaikan mutiara hikmah ayat Al-Quran kepada kita.

Kemuncak zikrullah ialah Al-Quran. Dari awal sampai ke akhir tidak ada benda lain yang hendak dibuat selain Al-Quran dan zikrullah. Sembahyang, mengajar, belajar, berjual dengan nama Islam dan ekonomi cara Islam; itu semua adalah zikrullah. Zikrullah inilah yang kita dedahkan kepada orang yang sebelum ini dia masih kurang faham. Kita bawakan Islam sebagai Islam yang komprehensif supaya rohani dia segar molek dan dia boleh rajin mencari harta walaupun dengan cara yang halal. Berkahwin, berkeluarga atau bercucu semuanya dijaga dengan sebaiknya sebagaimana Islam mahu. Orang begini ialah orang yang reti mengenang budi Allah Subhanahu wa Ta’ala. -Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment