Cart 0

40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa- Imam Ibnu Al Jauzi

RM 30.00


Buku 40 Nasihat Membahagiakan Ibu Bapa tulisan Imam Ibnu al-Jauzi adalah gabungan dua karya yang sentimental pada zamannya. Tulisan ini adalah luahan dan wasiat Imam Ibnu al-Jauzi kepada anaknya ketika anaknya dilihat semakin lalai dan malas.

Kitab Laftah Al-Kabid Ila Nasihah Al-Walad mengandungi mutiara nasihat dan pedoman hidup yang bernilai. Nasihatnya mengenai pembinaan diri, disiplin hidup serta teguh menahan ujian hidup.

Buku Birr Al-Walidain pula menekankan akhlak dan etika sebagai seorang anak. Luahan Imam Ibnu al-Jauzi berjaya mewakili perasaan dan harapan seorang ibu dan bapa dalam bentuk nasihat yang jujur.

Walaupun nasihat ini ditujukan kepada anaknya secara peribadi, namun nasihat ini dapat dijadikan tiang dan asas dalam membina generasi yang cemerlang. Buku ini adalah ‘blueprint’ Imam Ibnu al-Jauzi kepada anaknya dan masyarakat bagi menjadi seorang yang berjaya dan berakhlak mulia. Selamat membaca.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment