42 nasihat Mendidik Anak oleh Fakhrurrazi Bin Abu Bakar
Tazkiyah al-Nafs atau tasawwuf merupakan salah satu cabang daripada kesempurnaan Islam dan merupakan bidang ilmu yang sangat luas. Bidang ini bukan sahaja menyentuh penyucian jiwa semata - mata bahkan merangkumi seluruh aspek kemanusiaan termasuk akal, amalan zahir, hati dan akhlak.
Mengabaikan salah satu dari aspek ini akan menampakkan wajah tasawwuf yang cacat dan tidak mencapai objektif sepatutnya iaitu darjat ihsan dan redha Allah Ta'ala.
Antara aspek tasawwuf yang seringkali diabaikan sebahagian muslim ialah penyucian akhlak sesama manusia lebih-lebih lagi hubungan sesama keluarga dan saudara terdekat.
Justeru, di sinilah Shaikh Dr Muaz Hawwa- Hafizahullah-telah menulis satu ensklopedia bagi peringkat permulaan yang menyentuh perkara-perkara asas dalam dunia kesufian yang perlu ada dalam diri setiap orang Islam dan antara aspek tersebut ialah mendidik anak-anak.
Di dalam buku ini penulis berusaha mencatat perkara-perkara penting yang mungkin diabaikan sebahagian keluarga muslim hari ini, disebabkan pengaruh pemikiran asing atau faktor perkembangan teknologi dunia tanpa sempadan sehingga bercampur antara yang benar dan salah, perkara buruk dianggap normal dan perkara benar dianggap asing.
Penulis juga menyusun tingkatan-tingkatan tarbiah sesuai dengan usia anak-anak dan diakhiri dengan Tarbiah Rabbani berdasarkan Surah Luqman sebagai pedoman dalam pembentukan fikrah dan pemikiran anak-anak serta banyak lagi.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|