Anwar PM10 - Airmata dan Sumpah (Duri dan Ranjau Sebuah Perjalanan oleh Mohd Sayuti Omar
ANWAR IBRAHIM telah mengangkat sumpah pada 24hb November 2022. Tarikh keramat ini bakal dikenang oleh semua rakyat Malaysia yang menyimpan harapan agar susuk tubuh insan bernama Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Buku ini adalah sebuah catatan yang mewakili segenap duri dan ranjau yang telah ditempuhi oleh Anwar Ibrahim dalam perjuangannya untuk mengubah dan mereformasikan Malaysia ke arah sebuah negara yang menjulang tata urus yang bersih daripaada rasuah dan memberikan keadilan kepada semua rakyat yang bernanung di bawah satu negara Malaysia. Buku ini adalah kumpulan daripada 10 judul buku yang dikeluarkan oleh saya, yang di dalam buku-buku tersebut adalah naratif kepada perjuangan dan perjalanan Anwar Ibrahim untuk berjuang melawan setiap onak dan duri sehingga berjaya melangkah ke Istana Negara, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Dalam buku ini juga dikumpulkan catatan-catatan saya dan beberapa tulisan berkenaan rentetan peristiwa-peristiwa yang dilalui Anwar yang telah disiarkan di dalam Akhbar Siasah melalui Kolum 'Arus Bawah' dan juga lain-lain segmen yang berkaitan. Pelbagai pandangan, kritikan, nasihat dan komentar saya berkenaan politik tanah air terutamanya yang berkisar tentang turun naik Anwar Ibrahim dalam meniti liku-liku perjuangannya.
Pembaca akan dibawa kembali menyorot tahun-tahun hampir 32 tahun yang lampau di mana Anwar bergerak di dalam ABIM dan menubuhkan Gerakan Reformasi pada tahun 1998 yang menjadi tunjang kepada tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya memimpin gabungan Pakatan Harapan.
Nota Untuk Anwar
SESUNGGUHNYA kita tidak bermaksud hendak memperkecilkan Anwar Ibrahim. Apa guna kita memperkecilkan beliau. Tidak ada apa yang kita untung kalau dia jatuh dan tidak ada apa yang kita rugi kalau dia berjaya dalam perjuangannya. Cuma kita menegurnya di atas dasar sebagai seorang rakyat kepada pemimpinnya. Dan apa yang tergerak untuk kita menegur itu pun memandangkan keadaan dirinya hari ini; perubahan yang berlaku secara drastik ke atas dirinya itu.
Dengan perubahan yang berlaku ke atas Anwar kalau dibiarkan ianya boleh menjahanamkan dirinya. Apa lagi kalau kebetulan dia menang dan mempunyai kuasa, keadaannya akan jadi lebih parah lagi. lantaran itulah kita menegur Anwar, bukannya apa tetapi semata-mata untuk kebaikan bersama.
Justeru itu kalau Anwar betul-betul ingin berpasrtisipasi dengan kebangkitan Islam hari ini, beliau perlulah membuat perubahan dan juga persediaan. Salah satu yang Anwar harus lakukan ialah membukakan dirinya untuk dikritik dan sedia mendengar apa-apa teguran yang dibuat ke atas dirinya. Yang paling baik, disamping bersikap terbuka, Anwar juga harus ikhlas dan jujur mengakui dan memperbetulkan beberapa kesilapan yang telah beliau lakukan.
Dalam soal ini, kita sangat berharap agar Anwar jangan terlalu mendabik dada dan hendaklah insaf akan kekurangan yang ada pada dirinya. Beliau juga patut tahu, bahawa tidak ada manusia yang sempurna dan baik dalam dunia ini. Betapa pun hebat seseorang itu dia tidak boleh berdiri sendiri. Dia pasti memerlukan bantuan dan kerjasama orang lain.
Tengok sahaja Firaun. Walaupun dia mengakui dirinya Tuhan, tetapi masih juga memerlukan bantuan rakyatnya. Dia terpaksa juga meminta rakyatnya membina istananya. Padahal dia sepatutnya tidak memerlukan bantuan sesiapa lagi, kalau benar dia kuat. Tetapi ternyata dia kena juga bergantung kepada orang lain.
Justeru itu, kita mempunyai beberapa cadangan untuk Anwar. Cadangan-cadangan ini tidak bermaksud lain, sebaliknya semata-mata untuk melihat Anwar akan muncul sebagai pemimpin yang baik. Pemimpin Islam sebenar. Anwar perlu menerima cadangan ini dan mengamalkannya kalau dia mahu jadi seorang mujahid tulen.
Antara cadangan yang kita kemukakan kepada Anwar seperti berikut"
- Sebagai sorang pemimpin Anwar perlu mengeluarkan panduan-panduan yang praktikal mengenai sistem hidup Islam yang syumul, supaya ianya benar-benar dapat direalisasikan dalam kehidupan masyarakat manusia. Panduan-panduan itu kelak jangan setakat dijadikan slogan sahaja sebaliknya Anwar hendaklah turut sama mempraktikkannya di tengah masyarakat.
- Anwar mesti berusaha sedaya upaya mungkin membangunkan masyarakat Islam contoh, untuk dijadikan model dan untuk memberi gambaran mengenai corak dan bentuk Islam yang dikehendaki. Dengan cara itu masyarakat akan meniru dan akan ikut sama melaksanakannya kelak.
- Sepatutnya dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki sekarang, Anwar boleh bangunkan sistem Pendidikan Islam yang beliau laungkan selama ini. Beliau boleh menggunakan kuasa yang beliau miliki hari ini. Dan yang paling baik kalau Anwar hendak merevolusikan pemikiran Islam ialah di sekolah-sekolah.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|