Bangkit dan Jatuhnya Islam di Sicily- Saifullah Mohd Sawi
Sinopsis:
Buku ini membincangkan permasalahan mengenai bagaimana tamadun Islam boleh berkembang pesat di Sicily sedangkan Sicily merupakan negara kota yang terletak di Eropah. Ia memfokuskan faktor yang membolehkan tertegaknya Islam di Sicily dan berkembangnya tamadun Islam seiringan dengan penyebaran dakwah Islamiyah di sana. Ia turut memperlihatkan keagungan Islam dan ia mendapat tumpuan seluruh umat manusia disebabkan kegemilangan tamadun Islam yang terpancar di sana. Eropah menerima sahaja apa yang dibawa oleh Islam dan mereka manfaatkan supaya mereka turut dapat mencapai kegemilangan seperti tamadun Islam. Buku ini menumpukan kepada Sicily kerana tidak banyak buku yang memfokuskan tentang Sicily. Hal ini disebabkan mereka hanya diberi pendedahan yang meluas tentang tamadun Islam di Andalusia. Buku ini memberi pendedahan mengenai Sicily yang menjadi korban pertama dalam kehancuran Islam di Eropah dan sepatutnya menjadi sejarah paling utama jika membincangkan perkembangan dan kemunduran tamadun Islam di dunia Eropah. Faktor-faktor kemunduran tamadun Islam perlu dikaji supaya dapat membuktikan betapa pentingnya mengetahui Islam di Sicily sekali gus mengetahui ia adalah tempat pertama hilangnya Islam dari bumi Eropah setelah menemui kemunduran yang paling dahsyat
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|