Bimbingan Mencapai Darjat Mukmin- Syeikh Muhammad
Sinopsis:
Buku ini merupakan terjemahan dari kitab “Mauizatul Mukminin” hasil Tulisan Syeikh Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi sebagai ringkasan daripadakitab “Ihya’ ‘Ulumiddin” yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali. Kitab tersebut sangat terkenal di kalangan masyarakat Islam dan banyak yang dilakukan untuk menterjemahkan buku tersebut ke dalam pelbagai bahasa bagi mendalami pendapat dan falsafah Al-Ghazali.
Dari ringkasan oleh ini banyak perkara-perkara baru yang dapat kita peroleh dalam usaha meningkatkan diri mencapai darjat Mukmin. Ulasannya mendalam, mengungkapkan pelbagai hikmat dalam ibadat, muamalat dan mnahakat. Selain daripada itu pula dikemukakan pelbagaijalan untuk melatih diri dalam usaha membina akhlak yang baik serta terapi penyakit hati agar mendapat reda dari Allah SWT.
Selain dari perbahasnnya yang ringkas dan padat, hakikatnya buku ini sangat penting untuk dimiliki dan dijadikan panduan bagi kaum Muslimin dan Muslimat, melihat perbincangan dan kandungan kitab sebagaimana yang diringkaskan oleh Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi sendiri iaitu bermula dari pentingnya ilmu pengetahuan, tentang dua kalimah syahadat, rahsia thaharah, tentang sembahyang dan pelbagai permasalahan hokum yang berkaitan dengan kehidupan sehari-hari.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|