Cart 0

Dengarkan Senandung Syaitan - Misnon Jamil

RM 30.80


"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, kerusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah. " Wahai Rasulullah, bilakah ia terjadi?' Beliau menjawab, 'Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita." (Hadis riwayat Ibnu Majah. Al-Albani mengatakan ia sahih).

Sejak sekian lama kita dibentuk oleh budaya kota yang disebarkan melalui media terutamanya televisyen yang bersarang di setiap rumah orang Islam. Kita sejak lama dulu tidak mengganggap hiburan itu sebagai suatu bahana kepada umat, malah kita terlalu taksub dan amat leka sekali terhadap hiburan dan sekitarnya. Kita teruja sangat kepada apa sahaja tindak-tanduk dalam dunia hiburan dan tanpa disedari, ajaran agama sudah dipinggirkan.

Padahal Al-Qur'an dan Hadis sudah lama dikenali di dalam dunia Melayu-Islam, tetapi dalam bab hiburan kita semacam tidak ambil peduli. Begitu juga dengan hadis yang mengingatkan pada suatu masa nanti orang akan menghalalkan sesuatu yang haram. Muzik dan nyanyian misalnya, tidak ada ketegasan untuk menyatakan bagaimana kedudukannya sehingga umat itu semakin sakit dijangkiti penyakit kemaruk hiburan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment