Generasi Didikan Rasulullah SAW
Merekalah anak-anak yang terdidik di zaman kenabian.Di antara mereka ada yang jadi ahli hadis,ahli tafsir,ahli fekah,ilmuwan,khalifah,pemimpin,gabenor dan penakluk.Penulis tidak dapat menyebutkan semuanya kerana kekurangan ruang.Penulis telah memaparkan sebahagian dari mereka dalam buku "Asy-Syabab haula Ar-Rasul".Saya hanya dapat menyebutkan beberapa nama yang lain,antaranya;Abd ar-Rahman bin Hassan bin Thabit,Zaid Khalid,malik bin Abdillah,Malik bin Masma`,Malik bin Hubairah,Majmah bin Jariyah,Muhammad bin Ja`far,Muhamad bin Hathib,Ibnu Abi Huzaifah,Muhammad bin Saad,Ibnu Utharid,Kuraib,Ma`an bin Yazid,Muslim bin Uqbah dan lain-lain.
Berkat didikan dan tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW,mereka menjelma menjadi peribadi mulia yang mampu mencorak dan menggemparkan dunia secara amnya dan khusunya dunia Islam.Pada usia yang masih muda,tidak menjadi penghalang dan penghambat untuk mereka maju ke hadapan.Bahkan mereka bangkit menjadi pejuang dan pahlawan padang pasir yang tidak takut mati di medan juang.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|