Membangun Masyarakat Mithali - Dr 'Aidh Abdullah Bin Al-Qarni [BUKU LAMA-HALF PRICE]
Masyarakat mithali atau boleh disebut sebagai masyarakat idaman merupakan antara matlamat utama yang hendak diwujudkan oleh Islam. Masyarakat mithali menggambarkan sesebuah masyarakat yang tinggal di suatu negeri yang menerapkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Di sana ajaran agama Allah dijunjung tinggi, dan golongan masyarakat taat menjalankan syariat-Nya. Mereka tahu sekaligus mengamalkan ajaran agama, seperti berbakti kepada ibu bapa, berbual baik kepada jiran tetangga, menyayangi yang lebih muda dan menghormati yang lebih tua.
Demikian ciri masyarakat bertamadun yang dikatakan oleh Ibn Khaldun sebagai satu-satunya masyarakat yang mampu memelihara tamadun itu sendiri daripada kehancuran sebagaimana yang dialami oleh tamadun masyarakai di masa silam, kerana mereka tidak mematuhi dan mengabaikan ajaran ilahi.
Mampukah masyarakai moden ketika ini membangun masyarakat mithali seperti yang pernah dibangun dan dipelopori oleh Rasulullah suatu ketika dahulu? Bagaimanakah sebenarnya masyarakai mithali yang diingini oleh Islam? Benarkah masyarakat mithali dapat menjana keutuhan sesebuah tamadun?
Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarni merupakan seorang penulis kenamaan dari dunia Arab, dan bukunya yang berjudul “Membangun Masyarakat Mithali”, dapat menggambarkan bagaimana membangun sebuah masyarakat mithali seperti yang diingini oleh Islam. Gaya bahasa yang mudah difaham, kupasan yang udaiperjela- jela disertai dengan kisah tauladan dan kehidupan ulama salaf soleh, tentu akan menggugah minda para pembaca yang budiman untuk mentauladani kehidupan masyarakai mithali, sesuai dengan ajaran Islam.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|