Mendewasa dengan Bahagia- Dwi Suwiknyo
Sinopsis
Pertanyaan ‘apa itu kebahagiaan’ bertitik tolak daripada persoalan ‘untuk apa aku hidup?
Bagi sesetengah manusia, kebahagiaan bagai sebuah teka-teki yang perlu dicantumkan kerana kepelbagaian makna mengenai kebahagiaan.
Persoalan yang selalu dikaitkan dengan matlamat tertinggi kehidupan manusia seperti kesihatan, kekayaan, wang, dan ilmu sering disalah erti sebagai pengakhiran kehidupan. Namun sebenarnya kesemua kriteria tersebut bukanlah pengakhiran dalam hidup melainkan hanya untuk mencapai sesuatu kebahagiaan.
Buku ini membicarakan kebahagiaan daripada pelbagai faktor. Penulis berjaya menghubungkan kebahagiaan dengan kehidupan manusia bermula daripada rohani, jasmani dan intelek.
Biarpun kebahagiaan itu secara tradisinya sudah dibincangkan oleh ahli falsafah silam, namun generasi kini perlu memahami kebahagiaan itu secara sederhana. Watak manusia menjadi sempurna jika memenuhi fitrahnya yang hilang. Semoga buku ini menemukan pembaca dengan fitrah kebahagiaan yang dicari.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|