Muhammad: 11 Kualiti Kepimpinan Yang Mengubah Dunia - Nabeel Al-Azami
“Nabeel menawarkan kita cara bagi membangunkan pemimpin yang beretika dan berkesan yang sangat diperlukan dalam dunia bermasalah hari ini.” - Neil Jameson
Buku istimewa ini membentangkan rangka kerja kepimpinan, yang dirumuskan berdasarkan dapatan daripada sumber-sumber ilmu dari timur dan barat, serta setelah penelitian terhadap pelbagai karya Sirah dilakukan.
Peristiwa-peristiwa yang terkenal dan kurang terkenal daripada Sirah Nabi diterokai dan dianalisis, lalu dilihat menerusi lensa pakar bidang kepimpinan, yang kemudiannya diekstrak bagi mencari cara pengurusan manusia yang berkesan, serta bentuk kepimpinan yang tulen dan berterusan.
Hasilnya, 11 sifat kepimpinan kenabian dibentangkan dalam babnya yang tersendiri, dengan disediakan tip-tip praktikal bagi mencapai setiap satu kualiti tersebut.
Perbincangan dalam setiap bab bukan sahaja menawarkan maksud 11 kualiti yang boleh ditemukan dalam kehidupan Nabi Muhammad, bahkan juga bagaimana seseorang dapat mengembangkan sifat-sifat itu dalam diri mereka.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|