Cart 0

Orientasi Kepimpinan Pengetua Sekolah- Lokman Mohd. Tahir

RM 25.90


Sinopsis:

Kepemimpinan merupakan proses abstrak hasil interaksi antara dua pihak, iaitu pemimpin dengan pengikut. Ramai sarjana berpendapat bahawa tonggak utama kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi banyak terletak kepada akauntibiliti seorang individu yang digelar pemimpin. Tanpa wujudnya elemen kepimpinan dan pemimpin, organisasi tidak akan mempunyai halatuju, visi mahupun mampu mengatur strategi ke arah keberkesanan. 

Buku ini merupakan hasil penyelidikan yang dilakukan selama tiga tahun dalam usaha menentukan orientasi kepemimpinan pengetua sekolah, sekalipun mauduk ini kerap dikaji dalam tesis-tesis sarjana dan doktor falsafah, namun masih kurang usaha menjadikan hasil penyelidikan tersebut sebuah buku untuk tatapan, panduan mahupun melaksanakan refleksi kendiri terutamanya kepada pemimpin dan pengurus sekolah. Buku ini dirangka untuk memperkenalkan kepada para penyelidik dalam bidang pengurusan pendidikan tentang teori Bolman dan Deal yang masih lagi kurang diteliti dengan terperinci di Malaysia.

Di samping itu, buku ini juga diharapkan dapat memberikan panduan kepada para pelajar di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah bagaimana menggabungkan dua paradigma penyelidikan yang sering diperdebatkan kelebihannya, iaitu pendekatan naturalistik (kualitatif) dan saintifik (kuantitatif).

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment