Cart 0

Panduan Amalan Harian: Ibadah Sepanjang Zaman

RM 20.00


Hakikat umur bagi seorang mukmin adalah saat kini, yang sedang menikmati kehidupan ini. Dengan umur tersebut hendaklah menyemai hati dengan benih iman. Jika iman tidak disirami dengan amal soleh, maka akan mati dan musnah kemudian yang akan tumbuh sebagai penggantinya adalah kekufuran terhadap Allah. Sebelum segalanya berakhir dengan igauan duka, maka hiasi umur yang tersisa dengan pengabdian kepadaNya.

Ibadah dan amal soleh merupakan aktiviti yang menghiasi kehidupan umat. Di dalamnya memiliki nilai tanggungjawab dan kenikmatan bagi insan yang mengamalkannya. Jika dikerjakan dengan ilmu dan pemahaman, maka balasannya merupakan kedamaian dan pahala yang mengalir bagaikan mata air tanpa henti. Sebaliknya jika beramal tanpa ilmu, maka yang diperolehi hanya kepenatan dan kehampaan disamping mendapat seksaan dari Ilahi.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan amalan harian, sehingga mudah menuju jalan pulang, insya Allah.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.

Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut. 

Customer comments

Author/Date Rating Comment