Panduan Belajar Solat (Lelaki)
Salah satu cara dalam membentuk aqidah anak adalah dengan
mengajar mereka melakukan ibadah. Salah satu ibadah yang
utama adalah solat yang merupakan rukun Islam yang kedua.
Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah
SWT, maka sekiranya ia diajarkan kepada anak sejak kecil, maka
ikatan anak dengan Allah SWT akan menjadi sebati dalam diri mereka.
Dan kesan hubungan dengan Allah SWT ini akan memberi impak
yang besar buat anak-anak kita. Rasulullah SAW bersabda,
“Tidaklah seorang anak yang membesar dengan dipenuhi ibadah kepada
Allah sampai dia mati, melainkanAllah akan memberikannya pahala
sembilan puluh sembilan orang yang terpercaya.” (HR At-Tabrani)
Maka, buku ini adalah panduan bagaimana mendidik anak bersolat
dan boleh di lakukan sejak anak itu masih kecil.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|