Pangkal Kekuatan Islam oleh Sayid Sabiq (FREE SHIPPING)
RM 45.00
Islam mengakui prinsip-prinsip kemanusiaan, sebab manusia bukanlah malaikat. Manusia mempunyai daya tanggapan dan perasaan, ia juga mempunyai keinginan dan harapan. Bersamaan dengan itu, ia juga teguh mempertahankan keperibadiannya yang lengkap dan sempurna. Ia tidak akan sudi mengorbankannya untuk kepentingan pemegang kekuasaan duniawi ataupun kepala agama. Melakukan kekeliruan atau menyimpang dari jalan yang lurus memang sudah menjadi tabiat menusia.
Namun, kalau manusia melakukan penyimpangan atau kekeliruan, ia tidak kehilangan kemanusiaannya dan tidak kehilangan kehormatannya sebagai manusia, sebab Allah sentiasa membuka pintu taubat seluas-luasnya dan telah juga diberikan petunjuk tentang cara membersihkan diri dari pelbagai dosa, iaitu dengan jalan beribadah seperti: Solat, zakat, mengerjakan haji dan lain-lain.
Manusia tidak akan hilang terbuang dari masyarakat hanya kerana ia telah membuat kesalahan atau maksiat. Manusia yang dipencilkan dari masyarakat boleh bertambah jahat, tambah berani membuat kerosakan, bahkan makin menjadi syaitan yang mengerikan jika tidak ada tangan yang menahannya dengan kasih sayang, mahu menghapus kesalahannya dan mahu kembali kepada pintu kemanusiaan yang amat lebar. Allah telah berfirman di dalam Al-Quranul Karim (maksudnya):
Katakanlah: Hai hamba-hamba Allah yang telah keterlaluan terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Dialah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Oleh kerana itu, hendaklah kamu kembali kepada Tuhan kamu dan berserah diri kepada-Nya. (al-Zumar: 53-54)
Demikianlah, Islam memandang manusia dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan. Islam tidak memisahkan manusia dari naluri yang mendorongnya gemar kepada kehidupan duniawi termasuk segala kemewahan dan kesenangan.

Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|
×