Ruqyah Shar'iyyah: Dari Neraca Al- Quran & As-Sunnah
Apabila bercakap tentang perubatan Islam ataupun istilah lainnya ruqyah syar'iyyah, umat Islam masih memerlukan pencerahan dari aspek pengamalannya agar sesuai dengan panduan syarak serta bebas dari unsur-unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam. Meskipun telah muncul ramai pihak yang mendakwa mereka mengamalkan rawatan penyembuhan berdasarkan ruqyah, masih tetap berlaku kesilapan dalam pengamalan dan kepercayaan yang boleh menjejaskan kemurnian tauhid yang sepatutnya dibulatkan hanya kepada Allah Subhanahu wata'ala.
Buku yang ringkas dan padat ini mampu dijadikan risalah komprehensif untuk memahami konsep ruqyah syar'iyyah yang tepat di sisi syarak, sebagai membantah sesetengah doktrin dan amalan yang dibawa oleh mereka yang bergelar pengamal perubatan Islam. Pembaca didedahkan dengan ilmu ruqyah bagi mengubati diri dari gangguan jin, sihir, penyakit misteri mahupun penyakit pada tubuh badan, adab-adab dan sunnah-sunnah seharian sebagai proses menuju kesolehan diri dan persiapan mental-fizikal sebelum menjadi peruqyah. Semoga kebenaran tetap dizahirkan dan kebatilan dihapuskan dalam segenap aspek kehidupan kita.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|