Solat Subuh Itu Awesome- Samir Al- Qarni bin Muhammad Riziq
SOLAT SUBUH AWESOME
Marilah menuju kejayaan. Solat itu lebih baik daripada tidur." Inilah maksud azan yang sayup-sayup kedengaran ketika masuk waktu subuh setiap hari. Ketika ini ramai yang masih lena dibuai mimpi. Ada yang sibuk bersiap untuk bergegas ke tempat kerja, bagi anak-anak pula sibuk bersiap untuk ke sekolah. Leka dengan lena yang dibuai mimpi indah, sibuk dengan keperluan dan kehendak harian yang padat, subuh berlalu begitu sahaja. Berlalu dengan hikmah, keberkatan dan ganjaran yang tidak ternilai banyaknya. Setiap hari ia berlalu dan terlepas walaupun ia sudah berada di hadapan pintu rumah, yang hanya menunggu kita untuk membuka dan
menjemputnya masuk dan menyinari kehidupan kita. Manfaat subuh bukan hanya dari sudut ibadah dan spiritual sahaja. Malah kesannya terhadap kesihatan fizikal dan mental serta disiplin begitu besar Dari sudut psikologinya juga amat mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Solat subuh mempunyai zat-zat yang amat diperlukan oleh ruh, minda serta akal manusia yang mana mampu memancarkan cahaya kecemerlangan dan mengindahkan karisma dan penampilan seseorang Dari sudut kesihatan juga banyak memperkatakan tentang keutamaan dan khasiat yang terdapat dalam waktu subuh yang baik untuk tubuh dan emosi
Dengan kehadiran buku ini akan memberi semangat dan azam kepada kita untuk meraih dan mencapai hikmah, ganjaran dan keberkatan solat subuh
Jangan menunggu matahari terbit dan jangan menunggu sehingga matahari terbenam
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|