Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin (Arab: سلالة السلاطين, rumi: Sulālatus-Salāṭīn, lit. 'Penurunan segala raja-raja[1]') atau juga dikenali dengan nama Sejarah Melayu (Jawi: سجاره ملايو) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila pihak Portugis datang menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa di tanah India sebelum dibawa balik ke Johor beberapa tahun kemudian oleh orang Kaya Suguh.
Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808.
Please refer to the images for a summary/synopsis of the book.
Sila rujuk kepada gambar halaman belakang buku untuk membaca ringkasan buku tersebut.
Customer comments
Author/Date | Rating | Comment |
---|